First Care Home Nursing (FCH Nursing) ditubuhkan semula selepas diambil alih daripada pimpinan terdahulu dengan pembaharuan terbaik bagi memastikan mutu perkhidmatan kesihatan diteruskan dengan lancar dan berguna untuk masyarakat.
Pada lewat tahun 2015 kami telah meranga pelan perkhidmatan kesihatan terbaik supaya masyarakat mendapat manfaat daripadanya. Di bawah MOTO KAMI, "Kebaikan Harus Disebarkan" dan "Kesihatan Adalah Anugerah" kami meneruskan misi kami dengan "Komuniti Hebat, Komuniti Sihat" agar kesihatan dan pengetahuan kesihatan menular dalam masyarakat.
Kami mula melebarkan sayap kiri dan kanan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur meredah desa, merintangi bandar bagi memberi perkhidmatan kesihatan dengan HARGA TERBAIK UNTUK MASYARAKAT MEMILIH.
PENYUSUNAN / PERANCANG KELUARGA, KETAHUI CARA YANG BETUL MERANCANG KELUARGA ANDA !
Menyusun atau merancang keluarga bererti merancang masa yang sesuai untuk mengandung atau menggunakan sesuatu kaedah bagi menjarakkan kandungan demi untuk merancang saiz sesebuah keluarga.
Mengapa mesti kita merancang keluarga ?
Merancang keluarga sebenarnya memberi pilihan kepada pasangan suami isteri untuk merancang atau menentukan beberapa perkara seperti berikut:
Masa yang sesuai melahirkan anak
Saiz keluarga idaman
Jumlah anak yang dikehendaki
Jarak di antara kelahiran
Namun, setiap pekara juga mesti ada kebaikannya yang tersendiri. Begitu juga dengan kaedah perancangan keluarga ini. Amalan merancang keluarga memberi faedah dan kebaikan seperti berikut:
Menyelamatkan nyawa ibu dan anak
Kesihatan yang lebih baik bagi diri sendiri, suami, dan anak - anak.
Membolehkan keluarga anda menikmati kehidupan kerana anda tidak perlu bimbang terjadinya kehamilan yang tidak dirancang.
KAEDAH PERANCANG KELUARGA ?
Kaedah perancangan keluarga adalah berbeza bagi wanita dan lelaki. Juga terdapat berbagai jenis kaedah moden yang boleh diperolehi oleh pusat - pusat perubatan kerajaan dan swasta.
Contoh kaedah perancang keluarga bagi wanita ialah:
1. Pil Perancang
Pil perancang bertindak dengan menghalang pengeluaran telur (ovum), menjadikan lendir servik pekat dan kental supaya dapat menghalang perjalanan sperma ke dinding rahim, serta menjadikan keadaan dalam ruang rahim tidak sesuai untuk benih melekat.
2. Suntikan
Kaedah suntikan kebiasaannya mengandungi hormon progesteron sahaja dan ia sangat berkesan untuk mencegah kehamilan ia sesuai diberi kepada klien yang mempunyai masalah berikut:-
Pengamal yang mengalami kesan sampingan oestrogen
Sukar mengikut aturan pemakanan pil perancang
Masalah perubatan
Urat timbul (kaki/faraj)
Penyakit thyroid
Kencing manis
Tekanan darah tinggi
Tibi
Cacat otak
Pesakit jiwa
3. Alat dalam Rahim
Alat dalam Rahim (ADR) adalah satu alat yang dimasukkan ke dalam rongga rahim untuk mencegah kehamilan. Ia diperbuat dari plastik dan disaluti bahan tembaga. Ia menghalang kehamilan dari tindakbalas tembaga ke atas sel sperma dan sel dinding selaput dalam rahim mengakibatkan aktivti sperma terganggu dan selaput rahim tidak sesuai untuk benih melekat.
Antara masa yang sesuai untuk memasang ADR ialah:
Semasa kedatangan haid (dalam keadaan yang biasa)
Selepas bersalin iaitu selepas 6 minggu jika belum melakukan persetubuhan.
Selepas pengguguran (sejurus selepas pengguguran disahkan sempurna oleh doktor)
4. Susuk
Susuk ini mengandungi bahan progesteron bertindak seara perlahan lahan melalui proses penyerapan. Kaedah ini dipasang di bawah lapisan kulit bahagian dalam lengan atau peha. Keberkesanannya adalah sama seperti pil. Susuk ditukar selepas 5 atau 3 tahun mengikut jenis.
(Susuk Norplant - 5 tahun, Susuk Implanon - 3 tahun).
5. Kaedah masa selamat
Kaedah ini boleh mencegah kehamilan dengan menghindari hubungan kelamin semas waktu subur melalui pengiran kitaran haid.
6. Pemandulan Wanita
Pembedahan pemandulan adalah kaedah kekal di mana kedua -dua saluran fallopio wanita diikat dengan benang / dipasang atau klip/dijerut dan dipotong. Dengan cara ini telur perempuan dihalang dari menemui sperma lelaki.
Contoh kaedah perancang keluarga bagi lelakiialah:
1. Kaedah Azal
Mengeluarkan zakar daripada faraj supaya ejakulasi berlaku jauh dari faraj.
PERATURAN AZAL !
-Keluarkan zakar dari faraj sebaik sahaja suami merasakan tanda - tanda ejakulasi.
-Pastikan ejakulasi berlaku di luar faraj.
-Kaedah azal adalah tidak sesuai sekiranya suami tidak dapat mengawal proses ejakulasi.
2. Kondom
Kondom bertindak menghalang sperma dari memasuki rahim. Ia sejenis sarung nipis yang diperbuat daripada getah. Ia disarungkan pada zakar yang tegang sebelum melakukan hubungan kelamin.
3. Vasektomi
Merupakan kaedah bagi memandulkan lelaki. Ia boleh dilakukan melalui pembedahan kecil pada bahagian "scrotum" untuk memotong dan mengikat vas deferens bagi menghalang pengaliran sperma keluar daripada epidemis.
⛑Dressing adalah satu tatacara steril yang di lakukan pada bahagian luka pesakit dengan menggunakan ubat atau tanpa ubat untuk membersihkan luka, memberi perlindungan dan sokongan pada luka agar mengalakkan penyembuhan.
**Tujuan Dressing**
~Melindungi luka daripada kecederaan mekanikal, tercemar oleh kekotoran serta tercemar oleh mikroorganisma dan mencegah infeksi
~Menggalakkan penyembuhan luka dengan ubatan yang di gunakan
~Menyerap sekresi , nanah, serous, dan darah dengan memastikan luka sentiasa kering untuk mempercepatkan proses penyembuhan
~Mengeluarkan bendasing dan tisu-tisu mati
~Memberi keselesaan fizikal dan mental agar pesakit tidak takut melihat luka
**Prinsip-prinsip melakukan dressing**
1. Mengekalkan steriliti
-Troli dressing mestilah di cuci dan di lapkan dengan disinfectant sebelum digunakan.
-Gunakan alatan steril dan pastikan dengan menyemak tape autoclave
-Membasuh tangan dengan teliti secara surgikal
-Tangan dan peralatan yang digunakan mesti kering, jika basah ia di anggap tercemar
2. Kebersihan sekeliling
Tentukan mikroorganisma di udara pada peringkat yang minima dengan skrinkan pesakit untuk memberikan privasi dan kurangkan dedahan serta menutup kipas dan tingkap.
3. Elak rebakan mikroorganisma
-Jangan dedah luka terlalu lama untuk mengurangkan pencemaran
-Pakai mask, glove steril dan gown.
4. Selepas dressing
-Tutup luka dengan sempurna
-Pastikan pembebat cukup besar
-Tanggalkan tanda-tanda plaster dengan ether
**Jenis-jenis dressing**
Ø Closed dressing
- dimana selepas di cuci, luka di tutup dengan pembebat
Ø Open dressing
-luka tidak di tutup, malah di dedah untuk keringkan luka. Luka kering, mikroorganisma gagal merebak dan luka cepat sembuh
Ø Dry dressing
-luka yang tiada sekresi dan bersih
-cuci dengan antiseptik dan tutup dengan gauze kering
-contohnya luka pembedahan
Ø Wet dressing
-luka yang berinfeksi, ada nanah,serous dan tisu-tisu mati
-cuci dengan antiseptik, tutup dengan gauze steril yang di basahi dengan antiseptik/povidone iodine mengikut arahan doktor
Ø Dressing transparent
-untuk menilai keadaan luka
-cuci dengan antiseptik, tutup dengan op-site spray
Ø Packing/wick dressing
-bagi luka yang bersaluran/fistula/lubang
-luka di cuci dengan antiseptik, gauze basah dengan antiseptik di sumbat ke dalam saluran luka
Ø Sofratulle dressing
-luka di cuci bersih dan di bebatkan dengan sofratulle. Duoderm hyperaktif gel di gunakan untuk mengalakkan granulasi tisu dan penyembuhan luka
Ø Pressure dressing
-satu bulky dressing atau pembebat di letakkan di kawasan luka dengan tekanan tangan yang berglove, kemudian lakukan pressure bandage atau letakkan air inflated splint
-perlu pemerhatian berterusan untuk memastikan keberkesanan dengan menyekat pendarahan
pastinya ramai yang tidak mengetahui bagaimana jantung kita bekerja dan macam mana ianya bergerak....
Di sini kami serta video untuk anda mengetahui bagaimana dia di gerakkan...
Batuk kering atau Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis bakteria yang dikenali sebagai Mycobacterium tuberculosis yang selalunya menjangkiti paru-paru. Namun, ia juga boleh menjangkiti bahagian badan yang lain seperti tulang, sendi, organ pembiakan dan perkumuhan, usus, kulit, selaput otak (tuberculous meningitis) dan lain-lain.
TB adalah salah satu masalah kesihatan utama di seluruh dunia. Ia juga merupakan penyakit berjangkit yang muncul semula. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan:
😷 1/3 dari penduduk dunia dijangkiti TB 👧 Hampir 9 juta orang menghidap penyakit TB setiap tahun 💀 2 juta kematian setiap tahun 😰 Penyebab utama kematian dari agen tunggal dalam kalangan orang dewasa di negara membangun 👬Kadar insiden adalah tinggi di benua Afrika, Asia dan Amerika Selatan ✈ Risiko jangkitan adalah berbeza-beza antara negara. Di benua Afrika dan Asia, jangkitan HIV telah meningkatkan morbiditi dan mortaliti TB. TB rentan ubat-ubatan pula kini semakin meningkat di kebanyakan tempat di seluruh dunia.
⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠
Risiko dijangkiti untuk individu yang sering melakukan lawatan ke keluar negara adalah terhad tetapi mereka dinasihatkan untuk mengelakkan diri dari terdedah kepada pesakit TB apabila berada di kawasan yang sesak (hospital, penjara atau tempat perlindungan).
Risiko jangkitan TB didalam penerbangan adalah sama dengan kawasan tertutup yang lain.
Agen penyebab: 💥 Mycobacterium tuberculosis, iaitu bakteria berbentuk rod Manusia juga boleh dijangkiti tuberculosis bovine yang disebabkan oleh M. bovis.
Cara jangkitan: 💢 Melalui udara apabila seorang pesakit yang menghidap tibi batuk atau bersin, bacteria ini boleh menjangkiti individu yang berada berhamoiran dengan pesakit Tibi tersebut.. TB Bovine (yang disebabkan oleh Mycobacterium bovis) menular melalui pemakanan yang tercemar, produk tenusu yang tidak dipasteur dari lembu yang dijangkiti.
M.tuberculosis boleh berjangkit, tetapi kebanyakan jangkitan tidak menyebabkan penyakit. Risiko mendapat penyakit adalah 5 hingga 10% semasa hayat, tetapi boleh meningkat disebabkan oleh pelbagai faktor terutamanya faktor kurangnya daya ketahanan tubuh (contohnya jangkitan HIV).
💁Tempoh pengeraman: 2 hingga 10 minggu
🐾🐾Tanda dan Gejala🐾🐾
😱 Batuk berterusan melebihi dua (2) minggu 😪 Batuk berkahak dan kadang-kala berdarah 😥 Hilang selera makan dan susut berat badan 😷 Demam 😵 Sukar bernafas (Dispnea) 😧 Berpeluh di waktu malam 😖 Sakit dada 😦 Suara serak
💉💉Diagnosia💉💉
Diagnosa makmal dilakukan melalui pemeriksaan kahak pesakit Tibi (sputum Asid fast bacilli0 atau pemeriksaan cecair atau dalam tisu badan yang lain.
Diagnosa penyakit TB turut disahkan dengan cara pengkulturan M. tuberculosis dari kahak atau spesimen pernafasan yang lain untuk TB pulmonari dan cecair atau tisu badan lain yang terjejas untuk TB luar pulmonari.
Secara purata, ia mengambil masa 2 hingga 4 minggu untuk proses kultur dan mengenal pasti M. tuberkulosis, walaupun menggunakan teknik kultur yang cekap.
Diagnosa penyakit TB dilakukan berdasarkan kriteria klinikal sekiranya tiada pengesahan mikrobiologi.
🔧🔧Komplikasi🔧🔧
💊 Batuk berdarah (hemoptysis)
☁ Udara dalam paru-paru (pneumothorax)
😪 Paru-paru bernanah (empyema)
💊💊Rawatan💊💊
Penyakit TB dirawat dengan rawatan pelbagai ubat selama 6 bulan (isoniazid, rifamipicin, ethambutol dan pyrazinamide selama 2 bulan, diikuti dengan isoniazid dan rifamipicin selama 4 bulan).
Bagi TB rentan ubat.(Drug resisant) lebih sukar dirawat. Ia memerlukan 4 hingga 6 jenis ubat selama 18 sehingga 24 bulan dan rawatan pula perlu dilakukan oleh pakar yang terlatih.
💉💉Kriteria kemasukan pesakit ke hospital💉💉
😵 Pesakit tenat
😢 TB sebaran akut
😌 TB yang melibatkan sistem saraf pusat, perikardium, adrenal dan tulang belakang
😞 TB rentan pelbagai ubat (Multi-drug resistant)
😣 Pesakit yang tidak patuh dengan regimen rawatan
😴 Pesakit dengan komplikasi penyakit lain
😞 Pesakit turut menghidap penyakit berkaitan diabetes tidak terkawal dan kegagalan buah pinggang
😣 Pesakit mengalami kesan sampingan ubatan yang teruk seperti alahan kulit yang teruk atau jaundis
😥 Pesakit yang perlu mengurangkan kesan buruk (desensitisasi) ubat anti-tuberkulosis
Rawatan Di bawah Pemerhatian Langsung (Directly Observed treatment – DOTS)
Satu regimen rawatan TB di bawah pengawasan petugas kesihatan atau sesiapa yang dilatih dalam tempoh 6 bulan untuk memastikan pesakit mengambil setiap dos ubat.
📚 Rujukan / sokongan:
International Travel & Health, WHO 2013 Control of Communicable Diseases Manual, 18th Edition by David L. Heymann, MD, Editor, 2004
Clinical Practice Guidelines, Management of Pulmonary Tuberculosis, Ministry of Health Malaysia, 2002.
Clinical Practice Guidelines, Management of Tuberculosis (3rd edition), Ministry of Health Malaysia, 2012
WHO. Global tuberculosis control-surveillance, planning, financing: WHO Report 2007. Geneva: World Health Organization; 2007.http://travelhealth.co.uk/
Manual Sistem Maklumat Tibi Kebangsaan (National Tuberculosis Information System BCG-TBIS BCG). Unit Kawalan Tibi / Kusta, Bhgn Kawalan Penyakit, KKM. 2004
BCG Pratical Manual. National Tuberculosis Control Programme Panduan Program Imunisasi Kebangsaan Bayi dan Kanak-Kanak Untuk Anggota Kejururawatan. Bhgn Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM 2008
Strok atau angin ahmar adalah serangan otak yang berpunca dari salur darah tersumbat atau sesuatu salur darah di dalam otak pecah atau berdarah di bahagian tertentu. Bahagian otak yang terjejas menyebabkan sel otak rosak dan mati dan menyebabkan bahagian tubuh yang dikawal tidak berfungsi.
Kadangkala strok ini dipanggil sebagai ‘serangan otak’
Kesan kecederaan otak yang serius boleh menyebabkan neurologi (sistem saraf), pertuturan, pergerakan watak penglihatan, pendengaran dan daya ingatan.
1. Bagaimanakah kami boleh mendapatkan khidmat First Care Home Nursing? Pesakit/Pelanggan boleh mendapatkan khidmat First Care Home Nursing melalui tiga cara. Pertama, melalui direct call ke talian 0178185822 (FCH Nursing). Kedua, melalui emel kami di firstnursingcare@yahoo.com. Ketiga, melalui whatsapp/mesej di talian yang sama dengan direct call.
2. Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh First Care Home Nursing? Kami menawarkan empat perkhidmatan utama iaitu khidmat jururawat peribadi, fisioterapi peribadi, pengambilan specimen darah & urin, serta perkhidmatan ambulans & transfer pesakit. 3. Berapakah kadar bayaran yang ditetapkan oleh pihak First Care Home Nursing bagi kesemua perkhidmatan yang disediakan? Bergantung kepada servis dan pakej yang diambil oleh pesakit mengikut keperluan atau direct boleh ajukan pertanyaan kepada FCH Nursing. 4. Adakah pelan perawatan untuk jangka masa pendek? Ada. Pesakit/pelanggan boleh mendapatkan pelan perawatan untuk jangka masa pendek sekurang-kurangnya dalam masa sebulan. 5. Apakah konsep pembayaran yang dibuat oleh pihak First Care Home Nursing? Konsep pembayaran yang ditetapkan adalah secara bulanan dan pembayaran adalah dalam bentuk tunai. 6. Adakah FCH Nursing menggunakan kontrak perkhidmatan rawatan? Tidak. Kami tidak membuat sebarang kontrak bersama pesakit/pelanggan untuk jangka masa tertentu tetapi pesakit/pelanggan perlu memaklumkan notis 3 minggu awal sebelum tarikh penamatan perkhidmatan. 7. Apakah yang perlu disediakan oleh pihak kami sebelum mengambil perkhidmatan FCH Nursing sewaktu penilaian pertama dirumah? Pesakit/pelanggan perlu menyediakan satu salinan fotokopi IC pesakit, waris, dan discaj note.